awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja

Bernama
Bernama
11/07/2018
11:32 MYT
Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja
Suspek (tengah) ditahan di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
Seorang pembantu tadbir maut dipercayai ditikam dan dicekik rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Telok Datok, Banting dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang merupakan pembantu makmal di kolej berkenaan dipercayai mencekik dan menikam Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.
Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada suspek berusia 28 tahun yang mengaku bahawa dia baru sahaja membunuh mangsa dengan cara menikam dan mencekik wanita itu.
Menurut Azizan, anggota polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui suspek bersama mayat mangsa di dalam stor pejabat pentadbiran kolej tersebut.
Beliau berkata siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.
"Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada 'hubungan sulit' dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.
"Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan stres di Hospital Banting. Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Azizan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek esok bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizan Tukiman
#cekik rakan sekerja
#disindir mangsa
#hubungan sulit
#pembantu tadbir
#Zaimah Mahmod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan