awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas di Batu Rakit: Mayat Muhammad Zarif ditemukan 6km dari lokasi hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2026
00:45 MYT
Kanak-kanak lemas di Batu Rakit: Mayat Muhammad Zarif ditemukan 6km dari lokasi hilang
Mayat Muhammad Zarif ditemukan terdampar di atas pasir pantai sebelum dibawa naik oleh pasukan terlibat. - Foto Sinar Harian
KUALA NERUS: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sauh, Batu Rakit di sini pada Jumaat lalu, ditemukan kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa, Muhammad Zarif Mohd Hazahari, 5, ditemui sekitar jam 3 pagi oleh pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk setempat.
Menurutnya, mayat kanak-kanak itu ditemukan terdampar di atas pasir pantai sebelum dibawa naik oleh pasukan terlibat.
"Mayat mangsa ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dihanyutkan ombak besar di Pantai Sauh, Batu Rakit di sini.
"Pasukan penyelamat bersama penduduk kampung yang turut membantu berjaya menemukan mayat mangsa dalam operasi pencarian awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan penuh berkaitan kejadian akan menyusul.
Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Zarif dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika berada di Pantai Sauh, Batu Rakit, sekitar jam 6.30 petang Jumaat lalu.
Jasad kanak-kanak ditemui 6 kilometer dari lokasi kejadian
Dalam kejadian itu, mangsa berada di pantai berkenaan bersama ibu saudaranya serta beberapa kanak-kanak lain untuk bersiar-siar.
Difahamkan, selepas kira-kira setengah jam berada di kawasan pantai, mangsa dikatakan pergi ke gigi air sebelum secara tiba-tiba dihanyutkan ombak besar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SAR
#Batu Rakit
#lemas
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan