Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala dua wanita cedera parah selepas dirempuh oleh sebuah van di kawasan gerai Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands pada malam tadi.
Dalam kejadian tersebut, Adra Mustafa Kamal yang berasal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor difahamkan sedang membelek alat permainan di gerai pasar malam sebelum dirempuh oleh van berkenaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid berkata, kanak-kanak perempuan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.
Jelas Hasadid, kejadian tersebut berlaku sekitar 9.45 malam semasa kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa serta dua beradiknya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai sebelum dilanggar kenderaan terbabit.
"Seorang peniaga lelaki berumur 29 tahun yang mahu pulang daripada berniaga menekan pedal minyak kenderaannya dengan kuat supaya pelanggan memberi laluan kepadanya.
"Bagaimanapun, secara tiba-tiba van tersebut terus mara secara laju ke hadapan lalu melanggar beberapa buah gerai dan juga beberapa orang di pasar berkenaan termasuk si mati," katanya dalam satu kenyataan di sini pada pagi Isnin.
Hasadid berkata dua wanita yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala masing-masing telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi rawatan lanjut.
"Laporan polis mendapati pemandu mengalami kekejangan tidak sedarkan diri namun justifikasi kes mendapati pemandu dipercaya gagal mengawal kenderaan lalu merempuh mangsa.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu berkenaan ditahan bagi siasatan lanjut buat masa ini," katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Mon May 01 2017
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid berkata, kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dua maut tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan
Dua maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kuala Krai.
Kayveas ikut emosi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berasa kesal tindakan Tan Sri Kayveas meletakkan jawatan sebagai presiden myPPP.
Empat sekeluarga maut dalam kemalangan pulang dari Cameron Highlands
Mereka yang maut ialah Norulaini Ab Ghani, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45, Raja Nur A'iysah, 14, dan Raja Nur Anis Batrisya.
Muhyiddin sedih penerokaan tanah Cameron Highlands masih berlaku
Timbalan Perdana Menteri meluahkan rasa dukacita dengan pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands yang terus berlaku.
MACC's 12 recommendations to avoid another Bertam Valley tragedy
MACC has recommended the Pahang State Government to review the policy of granting Temporary Occupation Licence (TOL) to restrict illegal land exploration in Cameron Highlands.