GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak Orang Asli mendakwa ternampak bapa saudaranya diterkam oleh harimau di bahagian kepala dan dia masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Alang Kuang, 8, merupakan satu-satunya saksi kejadian kehilangan bapa saudaranya, Halim Asin, 27, di Hulu Sungai Aring, kelmarin.
"Saya berlari dan terjun ke sungai sebelum berenang dalam ketakutan menuju ke lokasi ahli keluarga yang lain sejauh 500 meter untuk meminta tolong selamatkan pakcik (Halim).
"Saya beritahu datuk yang pak cik diserang harimau dan saya sangat takut," katanya yang berbicara dalam bahasa Bateq, di rumahnya di Kampung Aring 5 di sini hari ini.
Sejurus mendengar berita tersebut, Datuknya Asin Parang, 68, berkata dia bergegas ke tempat kejadian selepas Alang berlari mendapatkannya dalam keadaan menangis dan menceritakan peristiwa tersebut.
Asin berkata sebaik sampai di lokasi kejadian, mereka tidak menemui Halim.
"Seramai tujuh orang menaiki rakit menuju ke Kampung Aring 5 kerana takut haiwan terbabit muncul semula, tetapi kami hampa tidak menemui Halim," katanya.
Bercerita lanjut, Asin melahirkan rasa terkilan kerana mangsa tidak sempat menjamah hasil memancingnya berupa seekor ikan sebarau sebelum kejadian.
"Saya harap Halim dapat ditemukan secepat mungkin walaupun saya tidak dapat turut serta mencarinya kerana masih sakit kaki. Hanya menantu, Kuang Camang, 31, yang mengikuti operasi.
"Saya juga harap harimau yang menyerang Halim dapat ditangkap dengan segera," katanya.
Terdahulu media melaporkan Halim Asin, 27, dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang di Sungai Aring 5, dua hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Timbalan Ketua Polis Gua Musang Deputi Supt Azmi Mokhtar (kiri) memberi taklimat kepada pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, Halim Asin. - Bernama
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.