Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami beberapa kecederaan pada bahagian badan, muka termasuk bengkak mata kiri dipercayai didera oleh nenek tirinya.
Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira pukul 2 pagi Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Idris Mohamed berkata mangsa dikatakan datang ke hospital berkenaan bersama bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.
Katanya hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk lebam dan bengkak mata kiri.
"Kanak-kanak terbabit dihantar oleh bapa saudaranya dan dia mendakwa diminta oleh datuk yang juga penjaga mangsa menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital.
"Lelaki terbabit mengesyaki kanak-kanak terbabit didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya sebelum membawa ke hospital," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Idris berkata menurut bapa saudara mangsa itu, datuk kepada kanak-kanak malang itu dikatakan bertindak memintanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital kerana tidak tahan melihat cucunya didera oleh nenek tirinya.
"Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil dan kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Bernama
Tue Aug 04 2015
hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk lebam dan bengkak mata kiri. - Gambar Hiasan
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu
Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan
Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu dibahagian bibir dan muka dan telah dirujuk ke HSA bagi mendapat rawatan lanjut.
Kanak-kanak perempuan berusia setahun jadi mangsa dera teman lelaki ibu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mengalami kecederaan selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di PPR Desa Rejang.
Pengasas pusat tahfiz, adik direman kes dera, amang seksual terhadap pelajar
Dua beradik pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka direman empat hari selepas dipercayai terlibat melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.
JKM perlu kerap lakukan lawatan mengejut ke atas taska - Suhakam
Pemantauan tidak sepatutnya dilakukan sewaktu pendaftaran sesebuah taska, dan ketika taska itu hendak memperbaharu lesen semata-mata.
Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi hingga koma
Tertuduh didakwa menganiayai mangsa yang berusia empat bulan sehingga menyebabkannya mengalami pendarahan di dalam kepala.