awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2024
13:40 MYT
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Mohd Rosdi berkata, kanak-kanak itu disyaki didera oleh ibu tiri pada 10 Julai lalu dengan cara dibawa ke dalam bilik air dan menghentak kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangannya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Yik Perdana, Kok Lanas, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa dikatakan dihentak kepala ke dinding, disepak kedua-dua belah tangan serta dikurung dalam tandas tanpa diberi makan dan minum.
Jelasnya, wanita berusia 37 tahun itu ditahan selepas suaminya, seorang penjawat awam yang juga bapa mangsa, membuat laporan polis kira-kira pukul 3.45 petang 18 Julai lalu.
Tegasnya, suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Lelaki berkenaan mengesyaki anak lelakinya itu didera antara 10 dan 12 Julai lalu ketika dia berada di luar kawasan atas urusan kerja.
"Kejadian terbabit dikatakan disedari bapa mangsa apabila beliau pulang dari tempat kerja kira-kira jam 3 petang 12 Julai lalu dan mendapati anak sulungnya itu mengalami kecederaan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata. Selepas ditanya kepada mangsa, anaknya itu mendakwa dipukul oleh ibu tiri.
"Hasil siasatan mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun yang belajar di sebuah sekolah di Kok Lanas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Rosdi berkata, bapa mangsa berkahwin dengan suspek pada Ogos tahun lalu.
Katanya lagi, kanak-kanak itu disyaki didera oleh ibu tiri pada 10 Julai lalu dengan cara dibawa ke dalam bilik air dan menghentak kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangannya.
Selain itu, beliau menjelaskan, mangsa juga mendakwa dikurung di dalam tandas hingga keesokan hari tanpa diberi makan dan minum.
"Kejadian dikatakan berlarutan hingga 12 Julai lalu ketika bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja di Kuala Lumpur," ujarnya.
Mohd Rosdi juga menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Topic Berkaitan
#dera
#ibu tiri
#Polis Diraja Malaysia
#dikurung dalam tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan