awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
Amerika ingin hantar Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet
Pemecatan Hamzah tiada dalam agenda mesyuarat tertutup Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Dungun

Bernama
Bernama
17/08/2025
02:25 MYT
Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Dungun
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin (kiri) dan ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi (dua, kiri) ketika operasi mencari mangsa di Sungai Kampung Delong, Dungun. - Facebook Mohd Fadhli
DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama empat rakan di Sungai Kampung Delong, di sini pada 5.54 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata pihaknya menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam.
Beliau berkata sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pasukan keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih belum berhasil menemukan mangsa.
"Mangsa yang berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan.
"Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama bomba dan agensi penyelamat lain," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Polis Dungun.
Dalam pada itu, Maizura mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengelak aktiviti di kawasan sungai atau lokasi berisiko tinggi, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#mandi sungai
#Dungun
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan