awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 5 tahun dirogol bapa saudara

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2020
23:04 MYT
Kanak-kanak 5 tahun dirogol bapa saudara
Seorang lelaki ditahan setelah disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun di dalam tandas Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam, di sini, pada 23 Oktober lalu. -Gambar hiasan
JEMPOL:Seorang lelaki ditahan setelah disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun di dalam tandas Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam, di sini, pada 23 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan murid tadika dibawa ke kem rekreasi berkenaan bersama dua sepupu lelaki berusia enam dan empat tahun oleh suspek seorang penganggur berusia 22 tahun.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 petang semasa mangsa sedang membersihkan diri di dalam tandas.
"Sebaik pulang ke rumah pada jam 4 petang, mangsa telah menceritakan kejadian kepada neneknya yang kemudian telah membuat laporan polis," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan.
Mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.
Menurut Mohd Hafiz lagi, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor telah berada di rumah neneknya di Kampung Dusat, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol sejak pertengahan bulan lalu.
"Suspek yang tidak bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#rogol anak saudara
#kanak-kanak lima tahun
#murid tadika
#Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam
#Mohd Hafiz Muhammad Nor
#Kampung Dusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan