NATIONAL
Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di tali air

Jenazah mangsa dibawa dari Hospital Seri Iskandar untuk dikebumikan. -Facebook Khairudin Abu Hanipah
IPOH: Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika keluar bermain bersama rakan-rakan di Tali Air Parit 4 di Parit dekat sini semalam.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika bermain di Tali Air Parit 4 di Parit.
- Mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pegawai perubatan.
- Ketua Polis Daerah Perak Tengah menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak daripada bermandi-manda di kawasan sungai dan tali air, terutama ketika musim Monsun Timur Laut.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Seri Iskandar dan kira-kira 9.30 pagi tadi, hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mendapati punca kematian mangsa ialah "pulmonary edema consistent with drowning" (lemas)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak daripada bermandi-manda di kawasan sungai dan tali air kerana arus adalah deras terutama ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac tahun depan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami