awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak berusia 9 tahun ditemukan maut di Taiping

Aida Aziz
Aida Aziz
30/07/2023
23:00 MYT
Kanak-kanak berusia 9 tahun ditemukan maut di Taiping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan maut di sebuah rumah di Asam Kumbang, Taiping, pada pagi Ahad. - Gambar hiasan
TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan maut di sebuah rumah di Asam Kumbang, di sini, pada pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, pihak polis menerima maklumat menerusi MERS 999 pada jam 11 pagi semalam berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di lokasi tersebut.
Justeru katanya, pihak polis dan ambulans dari Hospital Taiping telah bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan kematian kanak-kanak tersebut.
"Pihak Forensik D10 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.
"Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian," katanya kepada pemberita malam tadi.
Razlam berkata, susulan daripada itu pihak polis mengklasifikasikan siasatan awal sebagai kematian mengejut.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes jenayah supaya menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu membanteras kejadian jenayah di daerah Taiping khususnya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#kanak-kanak berusia 9 tahun
#Asam Kumbang Taiping
#maut di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan