awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak ditemukan mati dengan kesan jerut bukan mangsa dera

Bernama
Bernama
16/07/2022
15:17 MYT
Kanak-kanak ditemukan mati dengan kesan jerut bukan mangsa dera
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya. - Gambar fail/Astro AWANI
BATU PAHAT: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, Khamis lepas didapati bukan mangsa penderaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.
"Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.
Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kesan jerut
#dera
#Polis Daerah Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan