awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun derita badan, muka dipenuhi lepuhan air

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/07/2021
03:16 MYT
Kanak-kanak dua tahun derita badan, muka dipenuhi lepuhan air
Sejak lahir kanak-kanak ini tidak boleh memakai baju dan seluar dan hanya menggunakan kain lampin sebagai alas. - Astro AWANI
BESUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa menahan derita selepas seluruh badan termasuk muka dipenuhi dengan lepuhan air sejak lahir.
Penyakit 'epidermolysis bullosa' yang ditanggung Muhammad Qawiy Mohamad Abdullah turut menyebabkan pergerakan terbatas.
Menurut bapanya, Mohamad Abdullah Talib, sejak lahir anak keduanya itu tidak boleh memakai baju dan seluar dan hanya menggunakan kain lampin sebagai alas.
Katanya selain itu krim perlu disapu dulu sebelum memakai lampin pakai buang bagi mengelakkannya melekat pada bahagian kulit.
"Sudah dua tahun tidak mandi, hanya lap dengan tisu basah kerana kulit dia kalau terkena air akan rasa pedih," katanya.
Mohamad Abdullah berkata, dia bersama isterinya yang tinggal di Kampung Pulau Panjang, Besut perlu memberi tumpuan yang lebih dan menjaga anaknya dengan lebih berhati-hati.
Katanya meskipun pada awalnya agak sukar untuk mengendalikannya namun mereka reda dengan dugaan itu.
Sementara itu ADUN Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, pihaknya akan beriktiar bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.
"Kos segala alat atau alat perubatan yang diperlukan adalah agak tinggi jadi kami sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk keluarga ini.
"Bantuan tersebut daripada pihak kerajaan sama ada daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga ini," katanya.
Setiap bulan pasangan berkenaan terpaksa membelanjakan hampir RM700 untuk keperluan anaknya termasuk menyediakan krim dan pelekat khas.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#sakit kulit
#lepuhan air
#derita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan