awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun patah tangan tersepit pintu lif

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/12/2020
11:44 MYT
Kanak-kanak dua tahun patah tangan tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami patah tangan kiri akibat tersepit di pintu lif. - Foto: Bomba KL
KUALA LUMPUR:Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan kirinya akibat tersepit di pintu lif di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, di ibu negara.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang, Khamis.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Kanan Zulkifly Ramli.
"Setibanya anggota di lokasi terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami patah tangan kiri akibat tersepit di pintu lif.
"Anggota bertindak mengumpil pintu lif berkenaan menggunakan peralatan 'Rescue Spreader' sebelum mangsa tangan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 6.59 petang," katanya dalam satu kenyataan kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Zulkifly berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans EMRS untuk tindakan seterusnya.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tersepit lif
#tangan tersepit lif
#bomba
#jabatan bomba
#penyelamat
#JBPM
#Bandar Sri Permaisuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan