awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun hilang selepas jatuh dalam longkang

Bernama
Bernama
28/12/2020
22:02 MYT
Kanak-kanak empat tahun hilang selepas jatuh dalam longkang
Operasi mengesan kanak-kanak itu turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR:Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran di sini petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang semalam, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Beliau berkata operasi bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 8.10 malam tadi disebabkan persekitaran kawasan yang gelap dan arus deras.
“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar dengan lebar kira-kira 10 meter dan kedalaman air kira-kira satu meter,” katanya kepada Bernama semalam.
Foto JBPM Selangor
Foto JBPM Selangor
Norazam berkata usaha mencari akan bersambung pagi hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.50 petang semalam daripada keluarga mangsa sebelum menggerakkan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar. - Foto JBPM Selangor
Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar. - Foto JBPM Selangor
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norazam Khamis
#Kanak-kanak
#Rohingya
#lemas
#hilang
#arus deras
#Selangor
#sampah
#operasi
#longkang
#jatuh
#Kampung Ampang Campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan