awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pagar batu

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/04/2022
06:32 MYT
Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pagar batu
Arshad berkata, kejadian berkenaan hanya disedari ibu mangsa selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian luar rumah. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas ditimpa batu tiang pagar di kediamannya di Kampung Bukit Nangka, di sini petang Selasa. 
 Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa Nur Iman Irdina Abdul Nuur disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 
 Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berkenaan hanya disedari ibu mangsa selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian luar rumah. 

“Semasa kejadian ibu mangsa sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur dan terdengar bunyi dentuman yang kuat dari luar rumah sebelum menemui anaknya dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian kepala. 
 “Siasatan awal mendapati mangsa sedang bermain seorang diri di luar rumah dan batu pagar rumah di ruang beranda telah tumbang sebelum menghempap bahagian tengkuk kanak-kanak itu,” katanya. 
 Mengulas lanjut ujarnya, mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik kemudian terus dikejarkan ke Hospital Alor Gajah bagi menerima rawatan. 
 Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kerana kesan hentakan yang kuat oleh objek keras. 
 “Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#dihempap pagar batu
#Alo Gajah
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan