awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dalam longkang

Bernama
Bernama
02/01/2016
10:29 MYT
Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dalam longkang
Menurut polis, Muhammas Alif Rayyan Al-Fadilah dijumpai oleh jirannya di dalam longkang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Pasir Alai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Muhammas Alif Rayyan Al-Fadilah dijumpai oleh jirannya di dalam longkang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira 3.30 petang semalam.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan tetapi gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata ibu kanak-kanak itu, Kamariah Mohamad, 43, menyedari anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di rumah kira-kira 3 petang semalam sebelum mencarinya dengan dibantu jiran di sekitar kawasan rumah mereka.
Katanya hujan lebat pada malamnya menyebabkan paras air longkang itu agak tinggi.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#longkang
#Muhammas Alif Rayyan Al-Fadilah
#polis
#Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan