awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lakon semula aksi lihat Zayn Rayyan sebelum hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2023
09:20 MYT
Kanak-kanak lakon semula aksi lihat Zayn Rayyan sebelum hilang
Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Jumaat. - Sinar Harian
PETALING JAYA: Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Jumaat.
Kanak-kanak berkenaan melakonkan aksi berkenaan dengan dibantu anggota serta pegawai Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Kanak-kanak itu difahamkan melihat Zayn Rayyan lima jam sebelum mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.
Difahamkan, lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor berkata, kedua kanak-kanak itu merupakan individu yang dipercayai ternampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Idaman, 5 Disember lalu. Kedua-dua mereka dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#lakon semula
#rakan mangsa
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan