awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang

Bernama
Bernama
27/01/2025
12:55 MYT
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya, petang tadi. - Foto JBPM (via Sinar Harian)
KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang itu dalam keadaan hujan lebat.
"Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan arus air deras serta dalam," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata operasi pencarian masih dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shawaluddin Amin Nordin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.28 petang.
"Seramai sembilan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Fire Response Vehicle (FRV), dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya operasi pencarian masih diteruskan sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dikhuatiri lemas
#jatuh dalam longkang
#Taman Kota Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan