awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki ditemui keseorangan di tepi Lebuhraya Grand Saga

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2017
13:36 MYT
Kanak-kanak lelaki ditemui keseorangan di tepi Lebuhraya Grand Saga
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan antara lima hingga enam tahun dijumpai di Lebuhraya Grand Saga pada kira-kira jam 4.20 petang tadi. - Foto PDRM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan antara lima hingga enam tahun ditemukan di Lebuhraya Grand Saga pada kira-kira jam 4.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu dijumpai oleh orang awam di tepi Lebuhraya Cheras-Kajang yang juga dikenali sebagai lebuhraya Grand Saga selepas Tol Batu 11 menghala ke Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Kanak-kanak yang dipercayai berbangsa Arab itu tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga enam tahun itu ditemui memakai baju T berwarna hijau dan seluar pendek berwarna biru gelap serta tidak tahu bercakap bahasa Melayu atau Inggeris," katanya dalam satu kenyataan.
Astro AWANI dimaklumkan sehingga jam 9 malam tadi masih belum ada mana-mana pihak yang menuntut kanak-kanak terbabit dan dia telah dihantar ke Balai Polis Batu 9 di sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut atau keluarganya boleh menghubungi Balai Polis Batu 9 di talian 03-9075 8222.
Topic Berkaitan
#dijumpai
#Kanak-kanak
#Lebuhraya GrandSaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan