awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Pantai Puteri

Bernama
Bernama
24/09/2025
22:30 MYT
Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Pantai Puteri
Mangsa ditemukan kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan hilang pada 9.40 malam. - Gambar hiasan/BERNAMA
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi bersama dengan dua rakan sebayanya di Pantai Puteri, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba ll Mohd Shahrom Laji berkata mayat Mohammad Wafiy Adrian Mohd Ridzuan, 12, ditemukan kira-kira 150 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang pada 9.40 malam.
"Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu menerima panggilan pada 6.33 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.
"Setibanya di tempat kejadian, kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa tiga kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas ketika mandi di Pantai Puteri, namun dua daripadanya telah diselamatkan oleh orang awam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis manakala dua lagi mangsa, iaitu Mohd Azrill Dis Abdul Hai dan Mohd Zakuan Nazram Mazariswan yang terselamat dalam kejadian terbabit telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Operasi malam tadi katanya, membabitkan 44 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti JBPM Melaka, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#Pantai Puteri
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan