awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun mati lemas terjatuh sungai di Sungkai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/01/2021
07:50 MYT
Kanak-kanak lima tahun mati lemas terjatuh sungai di Sungkai
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Jerong di Sungai awal pagi Ahad. - JBPM
SUNGKAI:Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui lemas selepas dikatakan terjatuh ke dalam Sungai Jerong, Kampung Bikam, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mayat Muhamad Amsyar Mohd Zamri dijumpai jam 11.30 pagi, kira-kira 15 meter daripada tempat dia dilaporkan terjatuh.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11.15 pagi yang menyatakan terdapat orang lemas di Kampung Bikam.
Katanya, operasi mencari menyelamat telah dijalankan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Tapah, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan orang kampung.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati cuaca hujan lebat. Mangsa bersama dua orang adik-beradiknya dan seorang sepupu berumur antara lima hingga 11 tahun telah bermain air di Sungai Jerong mulai jam 10.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Azharuddin berkata, apabila mangsa terjatuh ke dalam sungai, adik-beradik dan sepupunya berlari memberitahu ibu mereka yang berada di rumah yang jaraknya kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
Menurutnya, ketika ditemui, mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Katanya, keluarga mangsa yang tinggal di Felda Besout 2 telah berkunjung ke rumah saudara di Kampung Bikam pada Sabtu.
“Lebih kurang jam 10.30 pagi ini, tanpa disedari oleh kedua ibu bapanya, mangsa bersama abangnya telah bermain air di dalam hujan lebat menyebabkan air sungai deras,” ujarnya.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#mangsa lemas
#banjir
#hujan lebat
#Sungkai
#JBPM
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan