NATIONAL
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran

Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan Toyota Alphard dengan treler di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran menghala ke Kuantan. -Foto BBP Maran
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala lima ahli keluarganya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, arah timur awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, Muhammad Al Amin Mohd Adil, maut di tempat kejadian, manakala lima ahli keluarganya cedera parah.
- Kemalangan berlaku apabila kenderaan mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar.
- Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketika di tempat kejadian, beliau berkata kenderaan berkenaan dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
"Siasatan mendapati pemandu lori itu memberhentikan kenderaan kerana hendak menukar tayar belakang kiri yang rosak dan terdapat kon diletakkan di belakang sebagai tanda amaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wong berkata akibat kemalangan itu juga bapa, ibu dan tiga adik Muhammad Al Amin cedera parah serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami