awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang kakak berusia 11 tahun bertembung van

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2025
05:00 MYT
Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang kakak berusia 11 tahun bertembung van
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas. - Gambar/ PDRM
TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah di sini pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van berhampiran Kampung Bukit Merah, Tanah Merah. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.
  • Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan hanya individu yang memiliki lesen sah dibenarkan mengendalikan kenderaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Nur Irdina Aulia Zainudin yang membonceng motosikal berkenaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah pada jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.
“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan hanya individu yang memiliki lesen sah dibenarkan mengendalikan kenderaan demi keselamatan bersama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Kanak-kanak
#motosikal
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan