awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas

Bernama
Bernama
17/10/2024
13:36 MYT
Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar di sini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan Indah Tawasil ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tersekat pada objek di dasar sungai pada kedalaman 25 meter pada 6.30 petang tadi.
Menurut kenyataan itu, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada 1.03 tengah hari sebelum pasukan penyelamat tiba kira-kira 40 minit kemudian, disusuli operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh 23 anggota.
"Menurut pemanggil terdapat seorang kanak-kanak perempuan OKU berada di tepi jambatan telah terjun ke dalam sungai dan didapati kanak-kanak tersebut tidak timbul.
"Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR dengan menggunakan kaedah penyelamatan di permukaan dan turut dibantu PPDA dengan kaedah selaman, sebelum mangsa ditemukan," menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan 6.47 petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#OKU
#ditemukan lemas
#Kampung Lokub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan