awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia, Kyrgyzstan senada iktiraf Afghanistan di pentas antarabangsa
DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
GADGETS
Pemandangan Street View lama kini boleh diakses menerusi Google Earth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
05/01/2023
20:22 MYT
Sponsor Banner
Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak
Mayat mangsa ditemui di dalam guni di Kampung Keranji, Bau, susulan penahanan suspek yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang. - Foto ihsan polis
BAU: Pukul, bunuh, sumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak. Itu tindakan kejam yang didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini. Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam guni di Kampung Keranji di sini, susulan penahanan suspek, yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, terdahulu pada hari yang sama, suspek ditahan di sebuah premis menjual kereta di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching bagi membantu siasatan kehilangan mangsa. Ia berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Dis lalu tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari sama mengenai seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya. Kata Poge, berdasarkan soal siasat, suspek mengakui memukul mangsa hingga tidak bernyawa, sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Keranji. “Pada jam 6.45 petang (Rabu), suspek menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang," katanya. Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut dibawa ke lokasi dan mengesahkan mayat anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa. Suspek, kata Poge, dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat. "Sehubungan itu, polis turut menahan ibu mangsa untuk membantu siasatan." Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak OKU
#bunuh
#Kampung Keranji
#Polis Daerah Bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami