awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak OKU dibunuh: Pasangan kekasih direman bantu siasatan

Bernama
Bernama
06/01/2023
08:46 MYT
Kanak-kanak OKU dibunuh: Pasangan kekasih direman bantu siasatan
Pasangan kekasih direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun baru-baru ini. - Foto ihsan PDRM
KUCHING: Pasangan kekasih direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata perintah tahanan reman ke atas suspek wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada mangsa serta suspek lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bau.
Katanya kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Bedah siasat ke atas mangsa dilakukan semalam dan kedua-dua suspek juga diambil darah untuk perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan OKU maut dipercayai dipukul oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan Disember lepas.
Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh kanak-kanak OKU
#pasangan kekasih
#Polis Daerah Bau
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan