awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2023
03:58 MYT
Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan
Selain kanak-kanak terbabit, dua lagi mangsa lain berusia 19 dan 30 tahun turut berjaya diselamatkan.- Gambar hiasan/Freeimages
KENINGAU: Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara tiga mangsa yang diselamatkan polis selepas dipercayai dijadikan sebagai hamba seks dalam serbuan berasingan pada Khamis lalu.
Dalam serbuan itu, dua lagi mangsa lain berusia 19 dan 30 tahun manakala terdapat tiga suspek lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia tersebut.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, serbuan itu dilakukan oleh Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.


"Hasil siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia 44 tahun berperanan sebagai 'runner' dan 'transporter' untuk menghantar mangsa sekiranya ada pelanggan yang ingin melanggan.
"Dua lagi suspek berperanan untuk mencari pelanggan kepada mangsa melalui aplikasi sosial media.
"Modus operandi kesemua suspek ialah menjadikan satu kawasan sebagai transit untuk mengelak kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa dan bergerak secara mobil dari satu tempat ke tempat lain iaitu menggunakan inap desa atau hotel sebagai tempat beroperasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, dalam serbuan itu wang tunai bersama beberapa barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran turut dirampas.
"Sebanyak RM785 dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama dan beberapa keping kondom dirampas. Suspek direman sehingga tujuh hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#hamba seks
#Polis Keningau
#diselamatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan