awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan 12 tahun lemas di tali air

Aida Aziz
Aida Aziz
11/11/2020
16:21 MYT
Kanak-kanak perempuan 12 tahun lemas di tali air
Terdahulu, seorang pemancing di kawasan berhampiran memberitahu melihat semua kanak-kanak itu bermain di tali air itu sekitar jam 5.30 petang.
PARIT BUNTAR:Kegembiraan lapan kanak-kanak bermain di tali air berdekatan Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang dekat sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, dalam kenyataan, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Nur Farah Dania Abd Rahman, 12, dari Tanah Baru, Batas Ban, Bagan Utara.
Katanya, seorang pemancing di kawasan berhampiran memberitahu melihat semua kanak-kanak itu bermain di tali air itu sekitar jam 5.30 petang.
"Dia kemudian ternampak dua kanak-kanak terkapai-kapai di dalam air dan segera membantu, bagaimanapun dia berjaya menyelamatkan seorang sahaja.
"Lelaki itu kemudian memanggil orang kampung untuk sama-sama mencari dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 6.30 petang," katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke klinik kesihatan Tanjung Piandang dan disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.
Topic Berkaitan
#lemas
#Tali air
#Kanak-kanak
#perempuan
#maut
#bermain dengan rakan
#pemancing
#Kampung Sungai Betul Bawah
#Tanjung Piandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan