awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan maut, tiga cedera motosikal masuk parit

Aida Aziz
Aida Aziz
30/01/2024
22:45 MYT
Kanak-kanak perempuan maut, tiga cedera motosikal masuk parit
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, malam tadi. - Foto JBPM
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut manakala tiga lagi cedera setelah motosikal yang dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kereta di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, akibat pelanggaran dari bahagian belakang itu, motosikal yang dinaiki mangsa bersama-sama tiga lagi individu terbabas ke dalam parit.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.41 malam.
"Setibanya bomba di lokasi mendapati ketiga-ketiga mangsa telah pun dibawa oleh ambulans ke Hospital Parit Buntar, manakala wanita dewasa itu dibawa oleh EMRS Bomba ke hospital sama.
"Kejadian itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal.
"Motosikal itu dinaiki oleh seorang wanita bersama-sama tiga lagi pembonceng terbabas masuk ke dalam parit.
"Empat mangsa itu merangkumi seorang wanita berusia 32 tahun, seorang remaja lelaki 14 tahun, seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun," katanya malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya turut menerima makluman kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di hospital.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Khalid Mohd Idris itu tamat pada jam 10.10 malam.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kanak-kanak maut
#motosikal masuk parit
#Jalan Alor Pongsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan