awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak terkena bahan kimia akibat termometer pecah

Bernama
Bernama
24/03/2017
04:43 MYT
Kanak-kanak terkena bahan kimia akibat termometer pecah
Akibat terkena bahan dalam termometer itu, mangsa dibawa ke hospital berdekatan oleh keluarganya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. - Gambar hiasan/Freeimages.com
Seorang kanak-kanak lelaki dikejarkan ke hospital apabila dipercayai terkena bahan kimia selepas sebatang termometer terjatuh dan pecah di rumah keluarganya di Taman Wah Keong di sini pagi ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Khamis Harun berkata, mangsa dikenali sebagai Cham Ee Heing, 9, dibawa ke hospital berdekatan oleh keluarganya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Beliau berkata pihaknya segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira 8.33 pagi.
"Semasa sampai, anggota bomba menemukan tumpahan merkuri daripada pecahan termometer di atas meja sahaja dan kami menabur sulfur sebelum membiarkannya menyerap bahan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khamis berkata pihaknya turut membersihkan kawasan tersebut menggunakan cecair peluntur bagi memastikan ia selamat.
Katanya operasi tamat sepenuhnya pukul 9.15 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kesihatan
#kimia
#merkuri
#raksa
#rawatan
#termometer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan