awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun hilang di kebun getah sejak Jumaat

Bernama
Bernama
23/11/2014
00:51 MYT
Kanak-kanak tiga tahun hilang di kebun getah sejak Jumaat
Kanak-kanak tersebut dilihat kali terakhir bersama dua abangnya bermain di kawasan kejiranan berhampiran kawasan kebun getah sebelum hilang. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini sejak pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Shariqal Sidek bersama dua abangnya keluar dari rumah kira-kira 6.30 pagi tanpa disedari ibunya.
"Polis dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 1 tengah hari (Jumaat) sebelum memaklumkan kepada pihak bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan penyelamat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Mustaffa Maarof berkata operasi tersebut dihentikan pada pukul 6.30 petang semalam dan bersambung pada pukul 7 pagi tadi melibatkan kawasan seluas kira-kira 39 hektar.
Beliau berkata mangsa dilihat kali terakhir bersama dua abangnya itu bermain di kawasan kejiranan berhampiran kawasan kebun getah sebelum hilang.
Menurutnya, ibu mangsa Saminie Rawel, 24, yang menyedari kehilangan anaknya kira-kira jam 7 pagi meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya yang hanya memakai baju lengan pendek dan seluar pendek berwarna putih tanpa memakai selipar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun, melawat keluarga mangsa hari ini.
Anggota Parlimen Beaufort itu menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#kebun getah
#Saminie Rawel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan