awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak warga Perancis maut terkena sengatan ubur-ubur di Pulau Pangkor

Bernama
Bernama
17/08/2022
09:35 MYT
Kanak-kanak warga Perancis maut terkena sengatan ubur-ubur di Pulau Pangkor
Orang awam berhampiran dengan mangsa telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati mangsa telah terkena sengatan ubur-ubur. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis berusia lima tahun meninggal dunia akibat terkena sengatan ubur-ubur semasa mandi di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang, mangsa menjerit kesakitan semasa mandi bersama-sama keluarganya di pantai berkenaan.
"Orang awam yang berhampiran dengan mangsa telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati mangsa telah terkena sengatan ubur-ubur.
"Semasa mangsa dibawa naik ke darat, mangsa mula tidak sedarkan diri dan keluarganya telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pangkor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Omar berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas klinik kesihatan tersebut pada 7.30 malam memaklumkan mangsa telah disahkan meninggal dunia.
Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa menemukan kesan lilitan dipercayai sengatan ubur-ubur pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri mangsa.
Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah disebabkan jellyfish envenomation atau pembisaan ubur-ubur dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Pulau Pangkor terletak lebih kurang 90 kilometer dari sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#obor-obor
#Pulau Pangkor
#kanak-kanak maut
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan