awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
[TERKINI] Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar

Bernama
Bernama
28/04/2022
08:56 MYT
Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Fisabilillah Pelajar Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah Parlimen Ketereh 2022 di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil kepada kandungan yang menyalahgunakan media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian besar garis panduan mengenai kandungan, telah pun berada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata daripada satu sudut, akta sedia ada boleh dianggap memadai cuma apabila kandungan yang dimuat naik daripada platform luar negara, undang-undang negara tidak dapat melangkauinya.
"Misalnya kalau dia muat naik dalam Facebook dan Twitter, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tiada kuasa untuk tarik melainkan minta tolong kepada platform yang berada di luar negara, itupun kena ada siasatan awal kemudian dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum memohon kepada negara terlibat untuk dapatkan kerjasama.
"Jadi proses agak panjang, sebab itu kita memang sedang membuat penelitian kepada akta sedia ada sekiranya ada ruang yang boleh kita tambah baik dan kita sesuaikan dengan pengalaman yang kita lalui dalam menguruskan perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Zakat Fisabilillah kepada 259 pelajar tingkatan enam Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan berhasrat untuk mengetatkan undang-undang sedia ada, berikutan ada kandungan yang dimuat naik dalam media sosial dilihat melanggar undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#K-KOMM
#Annuar Musa
#media sosial
#Akta Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan