Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF

81722313648_TBMOF.jpg
81722313648_TBMOF.jpg

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi WhatsApp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

"Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dan sahih," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.


-- BERNAMA




Must Watch Video

Advertisement