awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
28/01/2026
04:30 MYT
Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata persediaan platform dan peralatan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan ujian laut penuh dimulakan untuk LCS 1 pada awal April ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharajalela akan memulakan perjalanan laut pertama hari ini bagi tujuan pengujian sistem jentera, jana kuasa, sistem penghawa dingin dan sistem pendorongan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia adalah proses permulaan bagi memastikan kapal LCS 1 berkemampuan untuk berlayar di lautan.
Beliau berkata fasa ujian laut bagi kapal LCS 1 di peringkat limbungan telah bermula sejak 20 Jan lepas.
“Walaupun terdapat kelewatan berbanding jadual asal, LCS 1 yang kini berada pada tahap kemajuan 82.90 peratus setakat Disember lepas, telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama kapal.
“Khusus bagi kapal LCS 1, kemajuan sepatutnya ialah 96.52 peratus manakala kemajuan sebenar keseluruhan projek LCS telah mencapai 75.75 peratus, berbanding ikut perancangan sepatutnya 81.57 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai status prestasi LCS 1 KD Maharajalela dan sama ada kapal berkenaan dapat ditauliahkan mengikut jadual.
Mohamed Khaled berkata persediaan platform dan peralatan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan ujian laut penuh dimulakan untuk LCS 1 pada awal April ini.
Beliau berkata laporan dikemukakan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) kepada pasukan projek menyatakan bahawa jadual pentauliahan kapal LCS 1 dipinda ke Disember ini.
“Memang ada lewat empat bulan. Bagi kapal LCS 2 pula dipinda ke Ogos 2027. Bagi kapal-kapal berikutnya pula pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029,” katanya.
Mengenai kos perbelanjaan, Mohamed Khaled berkata nilai keseluruhan kontrak projek LCS adalah sebanyak RM11.2 bilion untuk kelima-lima buah kapal, dengan perbelanjaan semasa berjumlah RM8.3 bilion atau lebih kurang 74 peratus daripada jumlah keseluruhan.
“Dalam memastikan ketelusan dan kawal selia berterusan, kementerian telah mewujudkan pelbagai platform pemantauan seperti Project Management Review, Project Monitoring Committee, serta jawatankuasa teknikal yang bersidang secara berkala dengan penglibatan menyeluruh TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) sebagai end-user dan pihak LUNAS,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham mengenai persiapan kemahiran kru bagi mengoperasikan LCS 1, beliau berkata pihak TLDM memberi perhatian serius kepada perkara berkenaan bagi memastikan penyediaan kru terlatih adalah selari dengan masa kapal diserahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LCS 1
#KD Maharajalela
#Mohamed Khaled Nordin
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan