SHAH ALAM: Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini ditambah kepada 1,000 orang manakala solat fardu lima waktu pula 500 orang berkuat kuasa hari ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya 'Zawawi Mughni', beliau memaklumkan ketetapan baharu itu turut membenarkan 500 orang jemaah untuk solat Jumaat dan 300 orang jemaah untuk Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam; Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya, Sepang dan masjid institusi.
Zawawi berkata bagi masjid pengurusan, bilangan jemaah untuk solat Jumaat sebanyak 400 orang dan 300 orang untuk solat fardu; masjid kariah (350 jemaah solat Jumaat dan 200 solat fardu) dan surau kebenaran solat (250 jemaah solat Jumaat dan 200 jemaah solat fardu).
"Bagi surau kariah dan musolla hanya dibenarkan 100 jemaah untuk solat lima waktu dan ketetapan jumlah jemaah baharu ini termasuk bilangan pentadbir masjid serta surau," katanya dalam hantaran itu.
Zawawi berkata ketetapan itu hanya kepada mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.
Katanya, program pengimarahan masjid seperti kuliah subuh, dhuha, maghrib dan takzirah dibenarkan namun semua penceramah perlu lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Mesyuarat berkala jawatankuasa kariah masjid dan surau dibenarkan untuk dilaksana bagi membolehkan perancangan program pengimarahan dan pengurusan kewangan masjid dapat diselia berdasarkan peraturan ditetapkan," katanya.
Bagi pengurusan jenazah bukan COVID-19 di surau dan masjid dengan kehadiran ahli kariah dan kerabat terdekat tidak melebihi 40 orang dan hanya enam orang jawatankuasa masjid serta surau untuk menguruskan jenazah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021

Bagi masjid pengurusan, bilangan jemaah untuk solat Jumaat sebanyak 400 orang dan 300 orang untuk solat fardu. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.

Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.

Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.

PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?

PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.

PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.

Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.