GADGETS
Kapasiti storan minimum untuk peranti Android 15 dinaikkan ke 32GB

Google mengumumkan bahawa peranti Android 15 perlu mempunyai storan dalaman minimum 32GB, dengan 75% untuk aplikasi pengguna. -Amanz
JIKA anda tidak tahu, sebelum ini Google telah membenarkan pembuat peranti untuk menggunakan storan dalaman sebesar 16GB sahaja, cukup untuk menggerakkan sistem operasi Android, tetapi tidak lebih dari itu.
Ringkasan AI
- Google mengumumkan bahawa peranti Android 15 perlu mempunyai storan dalaman minimum 32GB, dengan 75% untuk aplikasi pengguna.
- Langkah ini bertujuan mengurangkan pengeluaran peranti murahan yang sukar digunakan kerana kekurangan ruangan storan.
- Peranti Android 15 juga perlu menyokong nombor telefon kecemasan dan teknologi olahan grafik Vulkan 1.3.
Akan tetapi, ini nampaknya adalah untuk mengurangkan pengeluaran “peranti-peranti murahan” di pasaran yang sukar untuk digunakan oleh mereka yang membelinya kerana ketiadaan ruangan mencukupi untuk aplikasi yang mahu digunakan.
Untuk peranti-peranti yang mahu menggerakkan sistem operasi Android 15, keperluan asas yang lain termasuklah kebolehan untuk peranti tersebut untuk berkongsi nombor telefon kecemasan dengan perkhidmatan kecemasan seperti polis, hospital, dan bomba, dan juga peranti-peranti pintar tersebut haruslah menyokong teknologi olahan grafik Vulkan 1.3 juga. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami