"Dulu pandang tepi sentiasa ada di sini, tapi sekarang panggil tidak ada yang menyahut. Tak apalah aku cuba biasakan diri".
Itu merupakan kapsyen bagi gambar terakhir yang dimuat naik oleh Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, pada 24 Sept lepas, kira-kira seminggu sebelum remaja itu lemas di Lombong Taman Putra Perdana, di sini pada Rabu lepas.
Ibunya Che Rosmilawati Saidin, 45, hanya menyedari kapsyen pelik tersebut apabila terdetik untuk melihat laman sosial anaknya itu selepas pemergiannya.
"Biasanya dia muat naik gambar di Instagram dengan kapsyen ringkas atau tiada kapsyen langsung.
"Tetapi, gambar terakhir itu kapsyennya lebih panjang dari biasa," katanya kepada Bernama di rumahnya, di sini hari ini.
Che Rosmilawati berkata anak kedua daripada tiga beradik itu juga keluar rumah bersama rakan-rakannya untuk memancing kira-kira pukul 5 petang Rabu lepas tanpa membawa telefon bimbit yang baharu dibelinya dua hari sebelum kejadian tersebut berlaku.
"Biasanya ke mana pergi dia akan bawa (telefon bimbit). Abangnya juga pelik dan ketika itu kami beranggapan mungkin dia hanya keluar sebentar sahaja," katanya.
Menurutnya dia hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut apabila dimaklumkan oleh suaminya, Mohammad Azzam Naim, 46, selepas pulang dari kerja.
Menurut Che Rosmilawati, Muhammad Ilham Fahmy sebelum ini lebih gemar bermain bola sepak sebelum menukar hobinya kepada memancing kira-kira dua minggu sebelum hari kejadian.
"Boleh dikatakan hampir setiap hari dia keluar memancing sampai saya marah sebab lombong itu airnya deras ketika hujan," katanya.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah menziarahi keluarga pelajar tingkatan lima tersebut.
Tragedi lemas terbabit menggemparkan seluruh negara apabila seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) turut maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy.
Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Kejadian berlaku pada 9.15 malam Rabu ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan.
Mayat remaja itu pula ditemui pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada 5.45 petang semalam dan selamat dikembumikan pada sebelah malam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 05 2018
Maszlee (tengah) mengunjungi ahli keluarga mangsa lemas Allahyarham Muhd Ilham Fahmi di kediaman keluarga Allahyarham. -Bernama
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Kapsyen pelik seminggu sebelum lemas
Ibunya hanya menyedari kapsyen pelik tersebut apabila terdetik untuk melihat laman sosial anaknya itu selepas pemergiannya.