KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyiapkan dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon (LT-LEDS) bagi memastikan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dapat dicapai, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata penyediaan dokumen itu penting untuk menilai prestasi negara dalam mencapai matlamat berkenaan selain membantu melakar perancangan yang sesuai dan berkesan.
"Kita merasakan bahawa ada peningkatan daripada segi perjalanan kita menuju kepada (pelepasan karbon) sifar bersih tetapi belum cukup lagi. Maknanya kalau kita mengharapkan dasar-dasar sedia ada, tak cukup, kita perlu pergi lebih jauh.
"Kita sedang siapkan dokumen LT-LEDS baru kita tahu bagaimana jauh atau dekat kita dengan sasaran kita menuju sifar bersih...kita tunggu dokumen itu disiapkan kita akan dapat satu laporan teknikal yang terperinci tentang perjalanan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Youth Empowerment Fair 2024 (YEF24) sebagai ahli panel sebuah forum di acara itu di sini hari ini.
Beliau berkata antara elemen penting dalam penyediaan LT-LEDS ialah dokumen perancangan pembangunan jana kuasa tenaga oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang sedang disiapkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.
"... bila ia siap kita boleh masukkan dalam dokumen LT-LEDS untuk kita tahu loji jana kuasa macam mana, berapa banyak gas, solar, yang kita akan gunakan," katanya.
Mengulas mengenai cadangan untuk melaksanakan caj kesesakan bagi mengurangkan pelepasan karbon selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar, Nik Nazmi berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan jika sistem pengangkutan awam telah mencapai tahap yang memuaskan
"Kita boleh kaji perkara tersebut bila sudah ada MRT3 (di Lembah Klang)...MRT3 pun belum dimulakan lagi masih di peringkat perancangan...mungkin enam atau tujuh tahun akan datang perkara tersebut boleh dipertimbangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Nik Nazmi berkata penyediaan dokumen itu penting untuk menilai prestasi negara dalam mencapai matlamat berkenaan selain membantu melakar perancangan yang sesuai dan berkesan. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Karbon sifar bersih: Kerajaan sedang siapkan dokumen LT-LEDS - Nik Nazmi
Kerajaan sedang menyiapkan dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon (LT-LEDS) bagi memastikan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dapat dicapai.
Malaysia berisiko kehilangan hasil AS$65 bilion jika tidak laksanakan inisiatif hijau - Pakar
Malaysia akan kehilangan hasil sehingga AS$65 bilion sekiranya pembekal tempatan tidak melakukan peralihan kepada tenaga hijau bersama rakan kongsi syarikat multinasional (MNC).
KPLB komited laksana program tenaga lestari
MARA akan berbincang dengan TNB mengenai pemasangan panel tenaga solar di bumbung kesemua 55 MRSM seluruh negara.
MAG, PDB orak langkah bersejarah, kendali pesawat penumpang guna bahan api SAF
MAG selangkah lebih hampir kepada aspirasi sifar pelepasan karbon, susulan penerbangan pertama pesawat penumpangnya menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).