awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta - MDT

Bernama
Bernama
27/12/2024
12:00 MYT
Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta - MDT
Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya. - Foto FB Majlis Daerah Tangkak
TANGKAK: Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya.
Majlis Daerah Tangkak (MDT) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, siasatan mendapati penganjur tidak mematuhi syarat penganjuran karnival, khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
"Pada Rabu lepas MDT telah menerima aduan penganjur mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa ulang alik yang mempunyai pelekat bendera negara China di karnival berkenaan, sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat tempatan.
"Tindakan menurunkan struktur yang dimaksudkan telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian operasi serta merta telah dikeluarkan kepada penganjur semalam, selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017," menurut kenyataan MDT hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa MDT menggalakkan aktiviti perniagaan, namun tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum masyarakat tempatan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib dilapor berkata pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan rasa tidak puas hati masyarakat berkenaan gambar replika roket tertera logo bendera negara China di festival berkenaan.
Sehubungan itu, beliau dipetik berkata siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karnival Fantasi Lampu LED
#diarah henti
#bendera China
#Majlis Daerah Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan