KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador diminta melaporkan dan menyerahkan bukti yang beliau miliki kepada pihak berkaitan susulan dakwaannya mengatakan wujudnya kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Datuk Jonathan Yasin berkata, pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Bahkan, beliau juga meminta Abdul Hamid mendedahkan semua nama-nama individu yang didakwa terlibat dalam kartel tersebut.
“Saya juga melihat kenyataan beliau ketika sudah hampir bersara dan kita hairan kenapa tindakan tidak dibuat ketika beliau menjadi Ketua Polis Negara.
“Tapi di akhirnya, ketika beliau sudah mahu meletakkan jawatan, habis tempoh bertugas, barulah beliau membuat dakwaan yang umum.
“Kita tahu, kalau membuat dakwaan umum, sebenarnya tidak berapa baik kerana menjejaskan nama semua anggota polis terlibat sedangkan mungkin ramai tak tahu dakwaan itu.
“Sekiranya wujud dakwaan tersebut, kita menjemput beliau untuk mendedahkan nama-nama yang terlibat, semua pihak yang terlibat.
“Kita sedia disiasat, sedia buka secara terang untuk dapatkan kebenaran,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan daripada Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelugor) yang bangkit bertanya status siasatan kartel PDRM di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tambah Jonathan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini berkata pihaknya tidak dapat menentusahkan wujudnya kartel yang mengatur kenaikan pangkat dalam PDRM.
Jelasnya, EAIC memaklumkan mekanisme kenaikan pangkat membabitkan proses teliti dan beberapa laporan yang sukar ditembusi dan dicampur tangan pihak luar.
Katanya lagi, setakat ini kerajaan masih belum mendapat bukti yang jelas berkaitan dakwaan didedahkan Abdul Hamid Bador sebelum ini.
Ridauddin Daud
Tue Mar 15 2022

Menurut Jonathan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini berkata pihaknya tidak dapat menentusahkan wujudnya kartel yang mengatur kenaikan pangkat dalam PDRM.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC
Dakwaan wujud 'kartel' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak dapat ditentusahkan.

Isu kartel PDRM: Beberapa individu dipanggil beri keterangan - Hamzah
Beberapa individu telah dipanggil bagi memberikan kenyataan susulan isu kartel yang dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini.

Kartel, rasuah PDRM: 10 soalan untuk Perdana Menteri - Gobind Singh
Perkara itu juga tidak dapat dibahaskan di Dewan Rakyat memandangkan negara masih dalam Proklamasi Darurat.

Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.

Dakwaan kartel dalam PDRM: Tak perlu lapor, terpulang kepada menteri - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid menjelaskan bahawa pendedahannya sebelum ini sekadar mahu membuka mata pegawai lain.

Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan
"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik," kata Hamzah.