awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartunis Zunar ditahan semula selepas mengaku tidak bersalah

Haider Yutim
Haider Yutim
03/04/2015
05:39 MYT
Kartunis Zunar ditahan semula selepas mengaku tidak bersalah
Difahamkan, Zunar ditahan berhubung salah satu postingnya di laman Facebook. Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Kartunis, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar telah ditahan semula selepas mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menghasut di mahkamah hari ini, lapor Malaysiakini.
Menurut portal tersebut, dia ditahan polis kira-kira 30 minit selepas menyelesaikan urusan jaminan bagi sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Difahamkan, Zunar ditahan berhubung salah satu postingnya di laman Facebook.
Terdahulu, Zunar pada Jumaat telah mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menghasut di laman Twitternya berhubung keputusan rayuan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikutan itu, beliau memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Zainol Rashid Hussain
Mahkamah turut membenarkan Zunar diikat jamin RM2,500 setiap bagi pertuduhan, dengan jumlah keseluruhan RM22,500 serta menetapkan sebutan semula kes pada 20 Mei ini.
Bagaimanapun jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara 43 tahun.
Pada 11 Februari lalu, Zunar, 52, telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter, telah mengarahkan pihak polis menyiasat kartunis itu kerana memuatnaik tweet yang dikatakan berbaur hasutan.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Anwar Ibrahim
#ditahan
#Twitter
#ZUNAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan