awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasari dua kanak-kanak: Pengasuh didakwa esok

Bernama
Bernama
20/05/2023
09:55 MYT
Kasari dua kanak-kanak: Pengasuh didakwa esok
Kamarul Zaman berkata wanita berusia 21 tahun itu, akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh yang dipercayai mengasari dua kanak-kanak di bawah jagaannya di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, akan dihadapkan ke mahkamah, esok.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 21 tahun itu, akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Hasil siasatan mendapati, video rakaman dibuat oleh salah seorang guru taska yang merakam kejadian melalui telefon bimbit miliknya, menunjukkan wanita terbabit disyaki telah mengasari dua kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya.
"Justeru suspek akan dituduh esok," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksima RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada Isnin lepas, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.
Susulan itu, seorang wanita tempatan direman untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengasuh
#taska di Mutiara Rini
#Kasari dua kanak-kanak
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan