KUALA TERENGGANU: Sejak 13 tahun lepas, jadual seharian suri rumah ini bukan sahaja padat dengan tugas menguruskan rumah tangga, malah beliau sibuk memasak dan menyediakan makanan untuk 'dijamu' kepada haiwan-haiwan jalanan terutama anjing.
Pada sebelah malam pula, wanita berbangsa Melayu berusia 53 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wa itu akan melakukan rutinnya memberi makan kepada kira-kira 40 ekor anjing jalanan di sekitar Kuala Terengganu.
Merasakan anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi dan tidak wajar dizalimi, ahli Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Terengganu (TSAR) itu menepis stigma masyarakat Melayu di negara ini terhadap anjing dengan turut merawat haiwan tersebut yang cedera atau sakit.
"Anjing juga makhluk bernyawa yang tahu rasa sakit, lapar dan sedih. Tidak seperti kucing, anjing susah untuk ke mana-mana terutama pada waktu siang kerana takut berhadapan dengan orang ramai. Lagipun terdapat jurang yang besar antara masyarakat kita dengan anjing berbanding kucing. Jadi, nasib haiwan tersebut kurang mendapat pembelaan," katanya ketika ditemui Bernama semasa memberi makanan kepada anjing jalanan di sini hari ini.
Kak Wa juga lebih gemar memberi makan kepada anjing jalanan pada waktu malam berbanding siang kerana ingin mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya.
"Sekiranya kita tidak boleh ubah pandangan orang terhadap kita, jadi kita sendiri yang perlu ubah cara kita. Sebab itu Kak Wa pilih waktu malam untuk beri makan kepada anjing. Selalunya sampai pukul 2 hingga 3 pagi Kak Wa bersama anjing-anjing jalanan kerana waktu itu tiada orang yang nampak," katanya yang turut memberi makanan kepada puluhan ekor kucing jalanan setiap hari.
Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini memahami sensitiviti masyarakat terutama umat Islam di negara ini terhadap anjing memandangkan agama Islam melarang haiwan tersebut disentuh secara sembarangan.
"Niat Kak Wa hanya ingin menyelamatkan anjing. Bukannya Kak Wa pegang suka-suka atau peluk cium anjing-anjing itu. Dalam Islam kan seseorang itu boleh melakukan proses sertu apabila menyentuh najis berat seperti anjing," katanya.
Ternyata kasih sayang Ka Wa terhadap haiwan tidak terbatas apabila beliau sanggup memberi perlindungan kepada 15 ekor anjing dan 30 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya dan menempatkan haiwan tersebut di satu kawasan di Marang.
Sementara itu, Pengerusi TSAR Janet Tan berkata secara keseluruhan lebih 200 ekor anjing terbiar diberi makanan setiap hari oleh kira-kira 15 anggota persatuan termasuk empat daripada mereka berbangsa Melayu, secara bergilir-gilir di setiap lokasi terpilih.
Katanya, hasil sumbangan orang ramai dan peruntukan yang dikeluarkan sendiri oleh ahli-ahli persatuan, sebanyak 200 kilogram (kg) makanan kering, 100 kg beras dan 100 kg makanan mentah seperti ayam dan daging disediakan setiap bulan untuk diberikan kepada anjing jalanan.
Setiap hari ahli persatuan yang ditubuhkan pada November 2018 itu akan memasak nasi dan merebus bahan makanan mentah seperti ayam dan daging sebelum diberi kepada anjing jalanan bagi menjamin kualiti makanan dan kesihatan haiwan itu.
"Kami bersyukur kerana walaupun tidak ramai tetapi masih ada yang sudi menyumbang seperti orang perseorangan yang memberikan tanah di Kampung Tiruk di sini untuk kami bina pusat perlindungan anjing dan ada restoran yang memberi bekalan nasi serta bahan mentah kepada anjing-anjing jalanan.
"Bukan mudah untuk memberi kesedaran orang ramai terhadap anjing jalanan, apatah lagi untuk mengajak mereka bersama-sama membantu meluangkan masa memberi makanan atau menghulur sumbangan," katanya sambil memaklumkan pusat perlindungan anjing tersebut kini menempatkan lebih 30 ekor anjing jalanan yang telah diselamatkan.
Beliau berkata selain anjing, ahli-ahli TSAR turut memberi makan kepada kucing jalanan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Tan turut melahirkan kesedihannya dengan sikap segelintir individu yang menganiaya anjing-anjing jalanan sehingga ada yang tergamak memukul dan memberi racun kepada haiwan tersebut.
"Paling sedih sekiranya mereka bunuh ibu anjing yang baru sahaja melahirkan anak. Tidakkah mereka terfikir bagaimana pula nasib anak-anak anjing itu selepas ketiadaan ibunya?" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Kak Wa juga lebih gemar memberi makan kepada anjing jalanan pada waktu malam berbanding siang kerana ingin mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya. - Gambar hiasan
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.
Kasih sayang Ka Wa terhadap haiwan tiada batasan
Kak Wa akan melakukan rutinnya memberi makan kepada kira-kira 40 ekor anjing jalanan di sekitar Kuala Terengganu.