JELI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai, tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kutipan itu menghampiri sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM207.19 juta.
"JKDM Kelantan berjaya mematahkan 495 kes penyeludupan dengan nilai rampasan RM746,280.23 dan cukai RM136,067.41 bagi tempoh setengah tahun 2023.
"Penyeludupan rokok antara rampasan terbesar JKDM dengan nilai RM2,038,046.64 dan cukai terlibat sebanyak RM12,266,544.02 melibatkan 227 kes," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Operasi JKDM di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Bunga (ICQS) Bukit Bunga, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata bagi kes kedua tertinggi melibatkan rampasan beras sebanyak 118 kes dengan nilai RM87,136.45 dan cukainya sebanyak RM33,717.50.
"Komoditi lain yang dirampas seperti mercun, kenderaan, ayam beku, minyak petrol, minuman keras, minyak masak, dadah dan lain-lain.
"JKDM Kelantan telah berjaya melakukan tender kenderaan lucut hak bagi tahun 2023 sebanyak tiga kali dengan jumlah hasil yang berjaya diperoleh RM1,575,147.66 dengan jumlah kenderaan 158 buah," katanya.
Katanya orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan lain- lain.
"Aktiviti penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Ahmad berkata, kutipan itu menghampiri sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM207.19 juta. - Gambar fail/Bernama
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Kastam Kelantan rekod kutip hasil hampir RM100 juta setakat Julai - Ahmad
Kastam Kelantan kutip hasil RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai tahun ini menghampiri sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM207.19 juta.