awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Zon Tengah rekod kutipan hasil RM37 bilion pada 2023

Bernama
Bernama
21/02/2024
09:00 MYT
Kastam Zon Tengah rekod kutipan hasil RM37 bilion pada 2023
Norlela berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 210 kes tangkapan telah dibuat melibatkan nilai RM14 juta dengan duti cukai dianggarkan RM10 juta. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah bagi 2023 mencecah RM37.7 bilion, melepasi sasaran awal RM36.85 bilion.
Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah Norlela Ismail berkata daripada jumlah itu, Zon Tengah Unit II (Selangor) menyumbang kutipan tertinggi iaitu RM19.7 bilion, diikuti Zon Tengah Unit I (Kuala Lumpur) dengan RM14.3 bilion dan Zon Tengah Unit III (KLIA) RM3.7 bilion.
"Bagi kes penyeludupan, JKDM Zon Tengah telah berjaya menumpaskan kes seperti kes rokok, minuman keras dan lain-lain melalui 1,185 kes rampasan berjumlah RM77 juta dengan nilai cukai dianggarkan RM105 juta.
"Selain itu, dianggarkan sebanyak RM4 juta berjaya diperoleh hasil dari jualan tender kenderaan secara bersepadu melibatkan 143 kenderaan yang telah dilucut hak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norlela berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 210 kes tangkapan telah dibuat melibatkan nilai RM14 juta dengan duti cukai dianggarkan RM10 juta.
Beliau dalam pada itu berkata orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan lain-lain barangan seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.
Pihak JKDM memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam Zon Tengah
#Norlela Ismail
#kutipan hasil
#melepasi sasaran awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan