KETIKA tiada siapa yang mahu mengambil beliau, saya melihat beliau sebagai seorang penulis yang berbakat besar dan akan menjadi superstar dalam dunia kewartawanan hiburan suatu masa nanti dan akhirnya mengambil beliau bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.
Dan pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai wartawan, saya hantar Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin ke meja jenayah dan mengharungi banjir kilat di Jalan Klang Lama.
Huzz yang meninggal dunia pada jam 6.10 petang, Sabtu (8 Jun) pada usia 58 tahun hanya dua tahun muda daripada saya.
Tapi ketika itu, saya adalah Pengarang Berita Utusan dan pada tahun 1993, beliau memohon untuk menyertai Kumpulan Utusan dan saya adalah salah seorang panel penemuduga.
Beliau ketika itu telah pun mencipta nama sebagai penulis hiburan di Kumpulan Karangkraf.
Pada hari ditemu duga, beliau muncul dengan darah yang gemuruh dan saya tanya kenapa beliau mahu meneruskan kerjaya di Kumpulan Utusan dan beliau jawab tiada wartawan yang boleh mencipta nama jika tidak bekerja dengan Utusan. Saya terkedu dengan jawapan yang beliau berikan.
Saya jawab, baiklah, saya boleh ambil beliau bekerja dengan syarat beliau harus bermula dari bawah iaitu melalui proses sebagai wartawan di semua meja utama sebelum boleh berakhir sebagai wartawan hiburan.
Huzz mengangguk tanda bersetuju. Semua anggota panel yang lain enggan mengambil beliau tapi saya melihat Huzz sebagai seorang penulis yang berbakat dan berupaya mencipta nama yang besar dalam dunia penulisan sama seperti bapanya AR Kamaludin.
Untuk rekod, AR Kamaluddin adalah satu nama besar dalam dunia kewartawanan dan penulisan malah pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan di tahun 60-an dan 70-an sementara adik Huzz, Nur-ul Afida turut saya kenali sebagai wartawan seangkatan dengan saya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama.
Saya sebut kepada ahli-ahli panel penemuduga biarlah saya yang melatih dan membimbingnya. Ahli panel yang lain akhirnya bersetuju dengan syarat saya sanggup memikul bebanan tersebut.
Tapi di sebalik itu semua, Huzz sama sekali tidak menyangka yang saya akan meletakkannya di Meja Jenayah.
Beliau menangis di hari pertama melaporkan diri kerana tidak sanggup mengharungi banjir di Jalan Klang Lama.
Namun begitu saya cuba memberi semangat dan menyatakan rasional saya bertindak demikian. Huzz akhirnya bersetuju dan pergi ke Jalan Klang Lama di dalam keterpaksaan.
Sebelum beliau melangkah keluar dari Jabatan Pengarang saya pesan: "Huzz, di Meja Jenayahlah tempat yang paling sesuai dan tepat untuk mempraktikkan amalan asas kewartawanan itu 5W dan 1H (what, where, when, who, why and how). Gunakanlah sebaik-baiknya. Beliau melihat saya sambil tersenyum dan melangkah pergi.
Beberapa jam kemudian (di era telefon bimbit masih belum wujud) Huzz kembali ke pejabat dengan basah lencun dan ketika serta saat semua orang mentertawakannya saya sebut: "Tak apa Huzz, jangan menangis. Tulis apa yang Huzz lihat, jangan pedulikan orang lain."
Dan beliau menghasilkan salah satu laporan kejadian banjir yang terbaik yang pernah saya saksikan.
Kerana apa? Kerana beliau memasukkan elemen-elemen kemanusiaan di dalam laporannya, apa yang beliau saksikan, apa yang mangsa-mangsa ceritakan kepadanya dan akhir sekali apa yang beliau rasakan sebagai seorang yang turut meranduk banjir sehingga basah kuyup.
Selebihnya adalah sejarah. Selepas enam bulan di Meja Jenayah, Huzz dihantar ke Meja Hiburan dan mencipta nama sebagai kolumnis hiburan yang catatan mingguannya tentang dunia hiburan sentiasa dinanti ramai.
Beliau mengakhiri kariernya sebagai Pengarang URTV iaitu majalah hiburan terbitan Kumpulan Utusan.
Dan ketika saya menziarahi beliau di Hospital Kuala Lumpur pada 1.56 petang, 22 Mei yang lalu, perkara pertama yang saya lihat ialah senyumannya menyambut kedatangan saya walaupun dalam keadaan yang sedang menderita sakit.
Suasananya tidak ubah akan hari pertama beliau melaporkan diri sebagai wartawan Utusan dan saya memaksanya mengharungi serta meredah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Langsung saya dan Huzz terkenang kembali di hari pertama beliau menjalankan tugas sebagai seorang wartawan Meja Jenayah. Pada saat itu beliau turut melontarkan satu senyuman manis yang menjadi trademark dirinya.
Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Selamat tinggal Huzz. - BERNAMA
* Rozaid Abdul Rahman adalah bekas wartawan dan Pengarang Berita Kumpulan Utusan dan selepas itu menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian dan Pengarang Perundingan Kumpulan Media The Star
Bernama
Sat Jun 08 2024
"Saya melihat beliau (Huzz) sebagai seorang penulis yang berbakat besar dan akan menjadi superstar dalam dunia kewartawanan hiburan," kata Rozaid.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Ibu wartawan hiburan Huzz layak terima faedah Perkeso
Ibu kepada wartawan hiburan, Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas, layak menerima dua faedah daripada Perkeso.
Jasa dan kebaikan Huzz kekal terpahat dalam industri hiburan
Dunia kewartawanan hiburan kehilangan sebutir permata yang mewarnai industri seni tempatan.
Jenazah wartawan hiburan popular Huzz selamat dikebumikan
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan malam ini.
Juwie minta saya jangan tulis belasungkawa mengenainya - rakan wartawan
Rakan-rakan wartawan bercerita mengenai keperibadian, amanat dan pesanan Allahyarham Abdul Jalil Salleh atau Juwie.
Sharifah Aini, artis yang selalu raikan wartawan - Reaksi wartawan veteran
Allahyarham Datuk Sharifah Aini disebut sebagai artis yang selalu meraikan wartawan malah sentiasa menjemput wartawan ke rumahnya.