awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan keselamatan: Henti guna sistem francais - Dr Hassan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
21/04/2015
23:30 MYT
Kawalan keselamatan: Henti guna sistem francais - Dr Hassan
Menurut Prof Dr Hassan Yusoff, francaisee lebih cenderung untuk memajakkan permit kepada orang lain dengan harga yang lebih murah.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Profesor Datuk Dr Hassan Yusoff mengesa agar syarikat kawalan keselamatan tidak lagi dibenarkan menggunakan sistem francais.
Ini kerana tindakan itu akan menyebabkan syarikat francaisee memajak lesen mereka kepada pihak lain yang tidak bertauliah termasuk kumpulan kongsi gelap.
"Francais ini jangan dibenarkan, kalau kita benarkan maknanya mereka akan pajak kepada orang lain. Lebih 50 peratus syarikat kawalan keselamatan di negara ini pajak lesen mereka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap
BACA: Pegawal keselamatan mengamuk: Pegawai bank, rakan sekerja cedera
Menurutnya, francaisee lebih cenderung untuk memajakkan permit kepada orang lain dengan harga yang lebih murah.
Tindakan itu katanya akan menyebabkan francais menjual harga yang lebih murah.
“Orang suka pengguna suka ambil pengawal keselamatan yang harganya murah jadi ini menyebabkan kualiti syarikat kawalan keselamatan tidak dijaga,” katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang turut dianggotai bekas anggota pasukan keselamatan perlu memainkan peranan bagi memastikan segala syarat dan keperluan dipatuhi.
Topic Berkaitan
#dr hassan yusoff
#kawalan keselamatan
#Persatuan Bekas Polis
#sistem francais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan