awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia

Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak

Bernama
Bernama
10/11/2016
14:02 MYT
Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak
Pasukan Polis Marin (PPM) melipatgandakan usaha menggembleng kesemua asetnya bagi mengawal sempadan masuk negara melalui jalan laut.
Pasukan Polis Marin (PPM) melipatgandakan usaha menggembleng kesemua asetnya bagi mengawal sempadan masuk negara melalui jalan laut, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan minyak masak.
Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) DCP Datuk Abdul Razak Ab Ghani berkata pihaknya sentiasa meningkatkan operasi dan rondaan di sempadan perairan negara dari semasa ke semasa.
"Kita bimbang minyak masak bersubsidi dari negara kita dibawa keluar ke negara jiran untuk dijual.
"Jadi, kita mengadakan mesyuarat dengan pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) untuk sama-sama menangani kegiatan penyeludupan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pelancaran Operasi Bersama menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di antara Bahagian Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan dengan PPM dan PDRM di Markas PPM Wilayah Tiga di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perikanan Munir Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Razak Ab Ghani
#KDNKA
#Pasukan Polis Marin
#PPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.