KUALA TERENGGANU:Beberapa kawasan di Terengganu terjejas ekoran air laut pasang besar yang membadai sebahagian besar kawasan pantai di negeri ini, lewat malam tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata kejadian yang berlaku di daerah Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman itu menyebabkan air laut melimpah sehingga ke jalan raya dan kawasan kediaman.
"Seperti di pantai di Seberang Takir atau dikenali Pantai Miami di Kuala Nerus, limpahan air laut menyebabkan terdapat kesan-kesan hakisan dan juga batu-batu kecil yang telah menghempas ke pinggir jalan.
"Demi keselamatan orang ramai, kami telah meminta pihak polis untuk menutup jalan di sekitar kawasan pantai tersebut.
"Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun," katanya kepada Bernama hari ini.
Selain itu katanya fenomena tersebut juga menyebabkan 36 mangsa daripada sembilan keluarga di Kuala Besut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Balai Raya Kampung Pantai akibat kediaman mereka dinaiki air.
"Bagaimanapun kita difahamkan di seluruh Terengganu tidak ada hujan lebat semalam, hanyalah hujan renyai-renyai yang berlaku sekejap-sekejap sahaja tetapi ia merupakan impak daripada angin yang sangat kencang," katanya.
Sementara itu, Che Adam berkata keadaan angin kencang antara 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 2.7 meter dijangka akan berlarutan sehingga Rabu (6 Jan) terutama di kawasan Kuala Terengganu.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan pantai sepanjang tempoh tersebut dan juga sepanjang musim Monsun Timur Laut ini, sama ada siang atau malam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Untuk malam ini juga, kami akan minta pihak polis menutup jalan di sekitar Pantai Seberang Takir kerana kami menjangkakan fenomena yang sama akan berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
Beberapa kawasan di Terengganu terjejas ekoran air laut pasang besar yang membadai sebahagian besar kawasan pantai di negeri ini, lewat malam tadi. -Foto YouTube Syadia Studio
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Kawasan berdekatan pantai di Terengganu terjejas fenomena air laut pasang besar
Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.
Selangor sedia hadapi ulangan fenomena air laut pasang besar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengarahkan agensi yang terbabit untuk membaiki benteng yang pecah dan uzur.